News

Skygear menang anugerah Asean Product And Brand Excellence di Jakarta

Alhamdulillah syukur, Skygear telah memenangi Anugerah Asean Product and Brand Excellence  bertempat di Hotel Mercure Gadot, Jakarta pada 10 March 2023.

Team Skygear  berterima kasih kepada Award Magazine Indonesia kerana memilih Skygear untuk memenangi anugerah ini diperingkat Asean. 

Dengan anugerah ini Team Skygear berikrar untuk bekerja lebih kuat untuk membangunkan dan menaikkan brand Skygear di peringkat global

 

Asean Charity Shield 2023 Buriram United vs TRW Kelantan FC

Pada 15/1/ 2023 berlangsung Asean Charity Shield BURIRAM UNITED FC vs TRW Kelantan FC . Team Skygear merasa amat bangga kerana ini pertama kali TRW Kelantan FC memakai baju yang berlambang Skygear sebagai Penaja Utama.

Perlawanan ini adalah perlawanan persahabatan dan pemanas badan untuk TRW Kelantan FC untuk musim 2023. Perlawanan ini juga adalah perlawanan amal. Kutipan tiket dan derma yang diperolehi pada perlawanan ini akan didermakan kepada 10 hospital di daerah Songkla.

Skygear menang Bumiputra Business Excellent Award 2022

Pada 30/11/2022 telah berlangsung Bumiputra Business Excellent Award 2022 di KLCC Convention Centre yang dirasmikan oleh bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar. 

Lebih 70 Usahawan tempatan, perniagaan dan personaliti korporat daripada pelbagai industri menerima pengiktirafan atas inovasi dan pencapaian perniagaan mereka dalam Anugerah Bumiputra Business Excellent Award 2022.

Alhamdulilah syukur Skygear telah memenagi anugerah ini untuk kategori casual dan sportware. Anugerah ini adalah untuk memberi inspirasi dan pembakar semangat Team Skygear untuk terus maju kehadapan. 

Percaya Untuk Berjaya


 

Koloborasi Mas Idayu dan Skygear

Skygear telah mengadakan koloborasi bersama penyanyi Mas Idayu untuk baju hoodies.

Mengenai Mas Idayu, beliau dilahirkan di Kota Tinggi, Johor dan dibesarkan dengan lagu-lagu ghazal dan keroncong. Minatnya dalam dunia seni bermula sejak kecil apabila muncul dalam program TV nyanyian kanak-kanak di Radio Televisyen Malaysia”  pada tahun 1976. Selepas tamat sekolah, beliau mula mencari peluang untuk merakamkan album termasuk menyertai pertandingan Bintang RTM. Beliau pernah menyanyi di lounge dan kelab sebelum diintai untuk menjadi artis rakaman pada 1991.

Beliau menerima jolokan Ratu Gelek 45 darjah oleh Dato’ Hattan. Beliau merupakan salah seorang penyayi ternama yang memperjuangkan muzik dangdut era 1990an. Mas Idayu merupakan antara artis wanita dengan jualan album terlaris di era tersebut malah cukup terkenal dengan lagu seperti “Cintaku 100%” dan “Senggol-senggolan, Cubit-cubitan” Sepanjang bergelar penyanyi beliau pernah memenangi dua trofi title Anugerah Industri Muzik.

 

Band SAJA memakai Baju Skygear untuk Music Video

Band SAJA memakai Baju Skygear untuk Music Video mereka.

Terima kasih kepada Band SAJA kerana sudi memakai baju Skygear.

 

 

Skygear Penaja Utama TRW Kelantan FC musim 2023

2 September 2022 – Satu Majlis Press Conference telah diadakan untuk Media, Pemegang Saham dan Peminat untuk memperkenalkan Skygear sebagai Penaja Utama TRW Kelantan FC bagi musim 2023.

Majlis diadakan di Hotel Zamburger Wira di tengah ibukota Kuala Lumpur. 

Skygear telah menaja TRW Kelantan FC sebanyak 3 juta untuk muncul sebagai Penaja Utama musim 2023.

Skygear Live di TV Al Hijrah

Alhamdulillah syukur, Skygear telah ditemuramah secara live di TV Al Hijrah untuk menerangkan mengenai visi, misi dan perkembangan terbaru Skygear.

Pengasas dan CEO Skygear NIk Hafiz Naim telah menerangkan secara terperinci mengenai bagaimana bermulanya Skygear, mengapa Skygear dibina dan apakah perancangan Skygear untuk masa hadapan apabila tanya oleh pengacara TV Alhijrah Farah Diana Anuar.