Pada 15/1/ 2023 berlangsung Asean Charity Shield BURIRAM UNITED FC vs TRW Kelantan FC . Team Skygear merasa amat bangga kerana ini pertama kali TRW Kelantan FC memakai baju yang berlambang Skygear sebagai Penaja Utama.
Perlawanan ini adalah perlawanan persahabatan dan pemanas badan untuk TRW Kelantan FC untuk musim 2023. Perlawanan ini juga adalah perlawanan amal. Kutipan tiket dan derma yang diperolehi pada perlawanan ini akan didermakan kepada 10 hospital di daerah Songkla.
Pada 30/11/2022 telah berlangsung Bumiputra Business Excellent Award 2022 di KLCC Convention Centre yang dirasmikan oleh bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.
Lebih 70 Usahawan tempatan, perniagaan dan personaliti korporat daripada pelbagai industri menerima pengiktirafan atas inovasi dan pencapaian perniagaan mereka dalam Anugerah Bumiputra Business Excellent Award 2022.
Alhamdulilah syukur Skygear telah memenagi anugerah ini untuk kategori casual dan sportware. Anugerah ini adalah untuk memberi inspirasi dan pembakar semangat Team Skygear untuk terus maju kehadapan.
Pengasas dan President Skygear, En. Nik Hafiz Naim telah dilantik sebagai Pemilik Bersama dan Pengarah bagi TRW Kelantan FC Berhad.
En.Nik Hafiz mempunyai pegangan saham 5% bernilai rm 3 juta didalam syarikat TRW Kelantan FC dan merupakan pemegang saham kedua terbesar selepas En.Norizam Tukiman (BosZam)
2 September 2022 – Satu Majlis Press Conference telah diadakan untuk Media, Pemegang Saham dan Peminat untuk memperkenalkan Skygear sebagai Penaja Utama TRW Kelantan FC bagi musim 2023.
Majlis diadakan di Hotel Zamburger Wira di tengah ibukota Kuala Lumpur.
Skygear telah menaja TRW Kelantan FC sebanyak 3 juta untuk muncul sebagai Penaja Utama musim 2023.
Alhamdulillah syukur, Skygear telah ditemuramah secara live di TV Al Hijrah untuk menerangkan mengenai visi, misi dan perkembangan terbaru Skygear.
Pengasas dan CEO Skygear NIk Hafiz Naim telah menerangkan secara terperinci mengenai bagaimana bermulanya Skygear, mengapa Skygear dibina dan apakah perancangan Skygear untuk masa hadapan apabila tanya oleh pengacara TV Alhijrah Farah Diana Anuar.
Hari ini 18 August, meeting di Angkasapuri. Pihak RTM menawarkan proposal untuk tajaan siaran FIFA World Cup 2022 yang bermula 21 November sehingga 18 Disember 2022 kepada Skygear.
Meeting berkisar mengenai nilai tajaan dan apa faedah yang Skygear dapat jika menaja siaran FIFA World Cup 2022