Koloborasi Mas Idayu dan Skygear

Skygear telah mengadakan koloborasi bersama penyanyi Mas Idayu untuk baju hoodies.

Mengenai Mas Idayu, beliau dilahirkan di Kota Tinggi, Johor dan dibesarkan dengan lagu-lagu ghazal dan keroncong. Minatnya dalam dunia seni bermula sejak kecil apabila muncul dalam program TV nyanyian kanak-kanak di Radio Televisyen Malaysia”  pada tahun 1976. Selepas tamat sekolah, beliau mula mencari peluang untuk merakamkan album termasuk menyertai pertandingan Bintang RTM. Beliau pernah menyanyi di lounge dan kelab sebelum diintai untuk menjadi artis rakaman pada 1991.

Beliau menerima jolokan Ratu Gelek 45 darjah oleh Dato’ Hattan. Beliau merupakan salah seorang penyayi ternama yang memperjuangkan muzik dangdut era 1990an. Mas Idayu merupakan antara artis wanita dengan jualan album terlaris di era tersebut malah cukup terkenal dengan lagu seperti “Cintaku 100%” dan “Senggol-senggolan, Cubit-cubitan” Sepanjang bergelar penyanyi beliau pernah memenangi dua trofi title Anugerah Industri Muzik.