Asean Charity Shield 2023 Buriram United vs TRW Kelantan FC

Pada 15/1/ 2023 berlangsung Asean Charity Shield BURIRAM UNITED FC vs TRW Kelantan FC . Team Skygear merasa amat bangga kerana ini pertama kali TRW Kelantan FC memakai baju yang berlambang Skygear sebagai Penaja Utama.

Perlawanan ini adalah perlawanan persahabatan dan pemanas badan untuk TRW Kelantan FC untuk musim 2023. Perlawanan ini juga adalah perlawanan amal. Kutipan tiket dan derma yang diperolehi pada perlawanan ini akan didermakan kepada 10 hospital di daerah Songkla.