News

Skygear Live di TV Al Hijrah

Alhamdulillah syukur, Skygear telah ditemuramah secara live di TV Al Hijrah untuk menerangkan mengenai visi, misi dan perkembangan terbaru Skygear.

Pengasas dan CEO Skygear NIk Hafiz Naim telah menerangkan secara terperinci mengenai bagaimana bermulanya Skygear, mengapa Skygear dibina dan apakah perancangan Skygear untuk masa hadapan apabila tanya oleh pengacara TV Alhijrah Farah Diana Anuar.

Sesi Perbincangan bersama TRW

Sesi perbincangan antara Team TRW dan Team Skygear telah berlangsung pada hari Jumaat jam 3.00 petang, 22 Julai 2022. Perbincangan menyentuh mengenai cara dan mekanisma penajaan dan juga nilai tajaan yang akan diberikan oleh pihak Skygear.

Selepas perbincangan Team Skygear diberikan tiket jemputan untuk perlawanan TRW vs JDT II di Stadium Muhammmad IV pada pukul 4.45 ptg.

 

Penajaan The Red warrior TRW

Alhamdulillah syukur, Team Skygear mulakan langkah untuk menceburi bidang penajaan dengan berunding dengan The Red Warrior TRW untuk penajaan musim 2023. 

Perbincangan peringkat awal menunjukkan positif, Insyallah jika ada rezeki dapatlah Skygear menjadi penaja TRW musim depan.

Butik Pertama Skygear Akan Dibuka Di Setia Alam

Alhamdulilllah syukur, Team Skygear telah memulakan langkah baru untuk menuju kehadapan dengan membuka Butik Skygear yang pertama. 

Team Skygear telah menjumpai lokasi yang sesuai untuk membuka Butik Skygear yang pertama di Setia Alam. Insyaallah Butik Skygear akan siap dibuka pada awal bulan Ogos nanti.

Butik Skygear akan dibuka di tingkat 1, Seria 88 Business Centre

Sekarang dalam proses renovation dan di laksanakan oleh syarikat Interior Designer rakan kami Tuan Hafiz Rashid dari syarikat In Grid Design and Build (IGG)

Doakan kami semuanya berjalan dengan lancar .Nantikan berita baik pembukaannya. Pelbagai hadiah dan free gift akan diberikan nanti.

Discussion bersama Newsfeed Media

Discussion dengan NF Media tentang kerjasama untuk mengukuhkan brand Skygear dan create more awareness tentang Skygear
Rupanya berdekatan sahaja office Newsfeed Media ini di Setia Alam juga.
 
Newsfeed Media ini adalah media dan branding konsultant yang telah membantu 400 usahawan untuk menaikkan brand dan marketing mereka.
 
Dengan kerjasama ini diharap akan dapat membantu Skygear terbang lebih jauh dan membantu lebih ramai usahawan