Alhamdulillah syukur, Skygear telah ditemuramah secara live di TV Al Hijrah untuk menerangkan mengenai visi, misi dan perkembangan terbaru Skygear.
Pengasas dan CEO Skygear NIk Hafiz Naim telah menerangkan secara terperinci mengenai bagaimana bermulanya Skygear, mengapa Skygear dibina dan apakah perancangan Skygear untuk masa hadapan apabila tanya oleh pengacara TV Alhijrah Farah Diana Anuar.
Hari ini 18 August, meeting di Angkasapuri. Pihak RTM menawarkan proposal untuk tajaan siaran FIFA World Cup 2022 yang bermula 21 November sehingga 18 Disember 2022 kepada Skygear.
Meeting berkisar mengenai nilai tajaan dan apa faedah yang Skygear dapat jika menaja siaran FIFA World Cup 2022
Sesi perbincangan antara Team TRW dan Team Skygear telah berlangsung pada hari Jumaat jam 3.00 petang, 22 Julai 2022. Perbincangan menyentuh mengenai cara dan mekanisma penajaan dan juga nilai tajaan yang akan diberikan oleh pihak Skygear.
Selepas perbincangan Team Skygear diberikan tiket jemputan untuk perlawanan TRW vs JDT II di Stadium Muhammmad IV pada pukul 4.45 ptg.
Alhamdulillah syukur, Team Skygear mulakan langkah untuk menceburi bidang penajaan dengan berunding dengan The Red Warrior TRW untuk penajaan musim 2023.
Perbincangan peringkat awal menunjukkan positif, Insyallah jika ada rezeki dapatlah Skygear menjadi penaja TRW musim depan.
Alhamdulilllah syukur, Team Skygear telah memulakan langkah baru untuk menuju kehadapan dengan membuka Butik Skygear yang pertama.
Team Skygear telah menjumpai lokasi yang sesuai untuk membuka Butik Skygear yang pertama di Setia Alam. Insyaallah Butik Skygear akan siap dibuka pada awal bulan Ogos nanti.
Butik Skygear akan dibuka di tingkat 1, Seria 88 Business Centre
Sekarang dalam proses renovation dan di laksanakan oleh syarikat Interior Designer rakan kami Tuan Hafiz Rashid dari syarikat In Grid Design and Build (IGG)
Doakan kami semuanya berjalan dengan lancar .Nantikan berita baik pembukaannya. Pelbagai hadiah dan free gift akan diberikan nanti.
Hari ini 22 Jun Rabu, Team Skygear telah dijemput untuk mendengar briefing mengenai pengiklanan Media Prima dan telah menandatangani perjanjian pengiklanan bersama Media Prima.
Dengan termeterai perjanjian ini, Skygear mengorak langkah lebih jauh untuk mempromosi brand Skygear di seluruh Malaysia